CINTA

Mencintai seseorang kerana Allah berarti mencintai seseoran kerana berlandaskan Allah. 
Yang mana tujuan cinta itu hanyalah untuk mengharapkan keredhoaanNYA,
Daripada Abu Hurairah ra, ia berkata:
Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah SWT di hari kiamat berfirman:"Di manakah orang yang cinta mencintai kerana keagungan-KU?. Pada hari ini aku akan menaungi dengan menunggu-KU di hari yang tiada naungan melainkan naungan-KU (H.R.MUSLIM)
Rasulullah juga bersabda:
Allah 'azza wa jalla berfirman: Barangsiapa yang saling mencintai kerana keagungan-KU, mereka akan mendapat beberapa mimbar terbuat dari cahaya yang diinginkan oleh para Nabi dan orang-orang mati syahid (H.R.Tarmizi)

Beberapa ciri-ciri orang yang mencintai kerana Allah SWT

1. Memilih kerana Allah atau Agamanya

Rasulullah SAW bersabda: "Wanita itu dinikahi kerana empat perkata yaitu kerana hartanya, kerana keturunanya, kerana kecantikkannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung"(H.R.Al-Bukhari)

2.Tidak akan menyesal mencintainya


Bagi orang yang mencintai kerana Allah, jika kemudian orang yang dicintai ternyata tidak membalas cintanya
atau cinta yang telah lama di bina putus di tengah jalan, atau mungkin orang yang dicintai harus pergi meninggalkan dunia ini?
dia tidak akan menyesal kerana itu.
Kerana dia yakin bahawa, jika Allah menjauhkan seseorang yang di cintai itu, berarti Allah sedang mendekatkannya kepada seseorang yang pantas di cintai menurut-NYA. Maka iya tidak bersedih.

La Takhaf Wa Laa Tahzan Innallaha Ma'ana
"Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Allah ada bersama kita"

3.Menjalankan segala Perintah-NYA dan meninggalkan segala Larangan-Nya

a) Tidak bersentuhan sebelum dihalalkan

Dari Ma'qil bin Yasar R.A bersabda: Rasulullah SAW bersabda:
"seandainya kepala seseorang di tusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh wanita tidak halal baginya" (H.R Al-Bukhari)Dari Aisyah berkata: "Demi Allah, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat" (H.R.Bukhari)

b)Tidak berzina (mendekati zina saja jangan)

Allah berfirman: 
Dan jangan lah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang jelek

"Allahumma inni as aluka hubbaka, wa hubba man yuhibbuka, wal amalullahdzi yuballigunii hubbaka"
subhanallah..

Nota kecil : jangan lupa share lepas tengok 






Nota Kecil
Dan diri ini hanya hamba yang mengemis kasih sayang dari PenciptaNYA AKU bukan USTAZAH..cuma HAMBA yang sedang mencari ILMU dan berkongsi kpd sahabat belog